Resep dan Cara Memasak Asparagus Sos Tiram
Resep Asparagus Sos Tiram
·
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
·
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci
dan toskan
·
4 biji cili padi merah, dititik
·
4 biji cili padi hijau, dititik
·
1 biji bawang besar, hiris
·
3 ulas bawang putih, dititik
·
1 camca besar sos tiram
·
Secubit gula
·
Sos ikan secukup rasa
Cara membuat Asparagus Sos Tiram
Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya,
ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. Kemudian
letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran
bahagian lembut. Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan.
Cuci dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang
besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan
udang. Kacau rata.
Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau
dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa. Masak hingga asparagus
lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas
bersama nasi hangat....
0 Comments